👩‍🍳Kuih Buah Melaka Kukus

4 orang bercadang membuatnya
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 4: Moreh

Selalunya kita makan kuih buah melaka rebus gaul kelapa parut, kali ni kita kukus dan rendam dalam santan.. sebenarnya lebih kurang macam kuih badak berendam🤗

Hidangan untuk moreh selalunya sekeping dua kuih muih manis selepas solat terawih sudah memadai.

Tepung pulut (1 p)
Tepung gandum (1 p)
Santan
Gula Melaka (2 p)
Daun pandan (1 p)
Total= 5 p✅

#GlobalApron2024
#Challenge4
#Moreh
#TepungpulutTepunggandumGulamelaka
#daunpandan

2004/3K
151/2024

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

30 minit
22 biji
  1. 2 cawan tepung pulut*
  2. 2 sb tepung gandum*- supaya kuih tak liat
  3. 6 helai daun pandan*- kisar,tapis ambil air
  4. 1/4 st Pewarna hijau (pilihan)
  5. 1-2 keping gula melaka* hiris dadu kecil- Inti
  6. Bahan Kuah Santan:
  7. 1 kotak santan
  8. 200 ml air
  9. 1/2 sb tepung gandum- untuk likat kuah
  10. 1/2 st garam halus

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan2.

  2. 2

    Sediakan adunan kuih. Campur tepung pulut dengan tepung gandum. Gaul rata.

    Tuang air pandan yang dititis sedikit pewarna kedalam mangkuk tepung sedikit sedikit.
    Gaul hingga membentuk doh besar yang tidak melekat pada tangan.

  3. 3

    Sediakan inti- potong gula melaka dadu kecil.

    Sediakan kuah santan:
    Didalam mangkuk. Campur bahan kuah santan. Kacau sebati.

  4. 4

    Ambil doh dan bulatkan menggunakan tangan. Tekan ditengah dan isikan inti gula melaka.
    Tutup bebola rapat dan kemas supaya inti tak terkeluar. Gentel lagi menjadi bebola yang licin.
    Buat sampai habis.

  5. 5

    Sediakan acuan sesuai. Tuang sedikit, selapisan kuah santan didalam acuan (supaya bebola tak melekat pada acuan).
    Susun bebola didalamnya. Tambah lagi kuah santan sehingga hampir menutupi bebola.

    Panaskan periuk kukus. Apabila air menggelegak, letak bebola tadi. Kukus selama 10 minit.

  6. 6

    Angkat dan sejukkan
    Sedia untuk dinikmati.

Reaksi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 The kitchen is the heart of the home❤️🏠 ‘Educate Through Cooking’📝 🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi