👩‍🍳Masala Vadai

4 orang bercadang membuatnya
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia🇲🇾

Global Apron 2024 Challenge 8-Potluck

Masakan Kacang dhal paling popular ialah dalca. Tetapi sy pula teringin nak makan masala vadai.

🔹Cerita vadai:
Scroll resipi CP terjumpa resipi shaz , lalu sy adjust sedikit supaya sesuai dengan cara sy.
lihat pula resipi Nor Fatihah yg menapis kacang selepas dkisar, supaya tak berair. Sy tak tapis. Adunan menjadi lembut dan sy risau tak dapat dibentuk. Sy letak adunan diatas penapis. Sedikit sahaja air yang keluar.
…terfikir nak simpan didalam peti ais sekejap supaya kurang berair, pada masa yang sama sy cuba goreng juga sebiji.
Rupa2nya apabila dibuat satu persatu dengan berhati2, ia boleh digoreng, tidak berderai dan menjadi! Sedap dan tidak keras. (Sekarang sy tahu yg adunan vadai tak perlu keras spt doh roti).

Dhal (2 p)
Tepung jagung (1 p)
Total= 3 p✅

#GlobalApron2024
#Challenge8
#Potluck
#DhalTepungjagung

2048/3K
192/2024

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

30 minit
20 keping
  1. 1 + 1/2 cawan (300 g) kacang dhal*(rendam 4 jam) (dikisar separuh)
  2. 1-2 sudu besar tepung jagung*
  3. 1/4 biji bawang holland- cincang
  4. 5 ulas bawang putih- cincang
  5. 3 tangkai cili kering- hiris pendek
  6. 3 tangkai daun kari- hiris halus
  7. 1 sudu besar jintan manis - tumbuk kasar
  8. 1/2 st garam
  9. 1 st gula
  10. Minyak masak - untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan2

  2. 2

    Tos air rendaman dhal* dan bilas.

    Kisar 3/4 bahagian kacang dhal dengan sangat sedikit air jika sukar. (Jangan banyak air). Kisar jangan terlalu halus.

  3. 3

    Tuang dhal yang dikisar ke dalam mangkuk yang berisi 1/3 kacang yang tidak dikisar.
    Masukkan bawang holland, bawang putih, daun kari, jintan manis, garam dan gula. Gaul rata.

    Tambahkan tepung jagung*. Gaul rata.
    (Jangan risau adunan kelihatan sedikit lembut, tetapi boleh dibentuk)

  4. 4

    Panaskan minyak api sederhana,
    Kepalkan sedikit adunan (seperti gambar) dan padatkan, leperkan dan masukkan kedalam minyak panas.

  5. 5

    Jangan balikkan dahulu supaya tidak berderai. Biarkan bahagian bawah keperangan kemudian balikkan.

    Goreng sehingga keperangan. Angkat dan tos minyak.

  6. 6

    Sedia dihidangkan.

    Featured Recipe of The Week 💕

Reaksi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia🇲🇾
👩‍🍳 The kitchen is the heart of the home❤️🏠 🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi