Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
Petaling Jaya Selangor

#newyearnewmenu
Cantik warna ungu@purple, tanpa pewarna, saja gentel besar, gaul dengan kelapa muda. Kelapanya x berapa hansem kerana kukur dengan kukur kelapa yang macam rehal tuu, tapi tak apa puas makan . Kali pertama mencuba onde-onde keledek. Sedap dan boleh ulang lagi. Lain masa kita cuba dengan keledek oren pula

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 500 gm ubi keledek ungu
  2. 1 sdt garam
  3. 2 cawan tepung pulut
  4. 1 keping manisan dipotong dadu
  5. secukupnya Garam halus

Cara Memasak

  1. 1

    Keledek di kupas kulit dan direbus bersama air dan garam hingga empuk dan lembut

  2. 2

    Lenyek @hancurkan keledek gaul dengan tepung pulut. Tambah air rebusan keledek. Masukan sedikit sedikit hingga adunan lembut. Gentel bulat ikut saiz yang dikehendaki

  3. 3

    Leperkan tepung, letak manisan ditengah dan tutup rapat. Gentel bagi onde onde licin dan cantik

  4. 4

    Masukan kedalam periuk yang berisi air mendidih masak hingga tepung timbul, angkat dan masukan kedalam bekas berisi air sejuk untuk mengelakan onde onde melekat antara satu sama lain.

  5. 5

    Dah sejuk tapis buang air. Toskan dan masukan kedalam kelapa ang telah di gaul dengan garam. Saya suka lebihkan garam agar seimbang dengan tepung yang intinya manis

  6. 6

    Tip masa mengaul dengan kelapa.
    Kelapa muda digaul dengan garam dan tekan dengan sudu agar kemas. Kelapa akan bersalut sekata pada Onde onde. Guna kelapa muda lagi sedap.

Reaksi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen (3)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Ha'ah lawa Kak Ani kaler dia. Gentel besar-besar puas makan kan. Ngap 2 bijik je dah kenyang 😆

Ditulis oleh

Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
pada
Petaling Jaya Selangor
1. mudah n sedap 2. kesihatan diutamakan
Baca lagi

Carian Teratas bagi