Leeina Qaliena
Leeina Qaliena @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

👩‍🍳685👩‍🍳
🍽119/2023🍽
#GoldenApron23
#Week20
#KacanghijauBijan

Ada orang panggil kuih Bom Bijan, ada juga kuih Bom dan ada juga panggil onde-onde...Rupa kuihnya sama tapi sebenar kalau diteliti betul2 sebenarnya bahannya adalah berbeza.Ada yang guna tepung pulut + tepung gandum. Ada juga yang guna pelbagai ubi seperti keledek, kentang ataupun labu.Intinya juga ikut citarasa dan pilihan masing-masing. Tapi kali ini ummi nak buat kuih bijan ni menggunakan 100% tepung pulut tanpa campuran tepung lain dan juga sebarang ubi.Inti pilihan ummi ialah KACANG HIJAU dan salutannya adalah BIJAN mengikut list cabaran GA minggu ini.
Hasil kuih Bijan ini sangat sedap.Ia sama sekali tak meletup semasa menggoreng dan hasilnya rangup diluar lembut didalam. Yang paling best ia tidak mengecut atau mengempis walaupun sudah sejuk.

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Doh :
  2. 250 gram tepung pulut (2 cawan metrik)
  3. Secubit garam pink himalaya
  4. 250 ml air (1 cawan metrik)
  5. 100 gram gula
  6. 2 sudu besar minyak masak
  7. Bahan inti :
  8. 250 gram kacang hijau
  9. Air secukupnya untuk merebus
  10. 100 ml santan kotak
  11. 2 sudu besar gula(manis ikut citarasa)
  12. 1/2 sudu teh garam
  13. 1 sudu besar tepung gandum
  14. 80 gram butter/marjerin/minyak
  15. Bahan salutan :
  16. 1 cawan bijan (secukupnya)
  17. 1 sudu tepung pulut
  18. 1/4 cawan air(secukupnya)
  19. Minyak untuk menggoreng terendam

Cara Memasak

  1. 1

    Ambil 2 sudu besar tepung pulut dari 2 cawan tadi asingkan kedalam bekas lain ketepikan.
    Pulut yang dalam mangkuk dicampur dengan garam gaul sekata.

  2. 2

    Satukan air bersama gula sehingga cair dan sedikit mendidih(mendidih kecil).Matikan api.

  3. 3

    Tuangkan air gula tadi kedalam tepung sambil digaul sebati.
    Tuangkan air gula sedikit demi sedikit.Hasil pertama tepung sedikit mekekit2 ya
    Kemudian baru ditambah dengan tepung yang diasingkan tadi.Gaul atau uli sehingga sebati dan sekata.
    Jika rasa masih melekit2 boleh ditambah lagi tepung pulut tapi jgn banyak ye...

  4. 4

    Kemudian tuangkan sedikit minyak dan uli hingga sebati dan licin.Uli lembut sahaja tak perlu terlalu lama.
    Tutup bekas dan diamkan adunan selama 30 minit.

  5. 5

    Selepas 30 minit,uli doh tadi dan bahagikan kepada beberapa bahagian seperti dalam gambar.Nak timbang pun boleh.Berat doh yang cantik dan sesuai 20 gram.

  6. 6

    Isi semua doh dengan inti kacang hijau yang sudah siap disediakan tadi.

  7. 7

    Tips untuk bijan melekat cantik pada doh,
    Bancuhkan 1 sudu tepung pulut dengan sedikit air kemudian celupkan doh yang telah siap diisi inti kedalam bancuhan tadi barulah disalut dengan bijan.

    **Bijan dicuci terlebih dahulu kemudian dijemur kering semula atau boleh juga disangai seketika untuk keringkn semula.

  8. 8

    Ulang proses salut bijan hingga selesai susun dalam bekas.

  9. 9

    Panaskan minyak dengan api sederhana,goreng kuih bijan sehingga keperangan sambil di pusar sesekali untuk hasil yang cantik.

  10. 10

    Goreng sehingga habis. Angkat dan toskan diatas tisu.
    Hasilnya memang rangup diluar lembut didalam.

  11. 11

    Cara buat Inti kacang Hijau :
    Kacang hijau cuci bersih dan rendamkan 1 jam.Rebus hingga kacang boleh dipecahkan.

  12. 12

    Masukkan gula dan santan serta daun pandan rebus lagi hingga betul2 lembut.

  13. 13

    Campurkan butter/marjerin ataupun boleh juga guna minyak masak.Kacau sehingga inti kacang sebati dan tidak lagi melekat dijari.Sejukkan seketika sebelum dibulatkan.

  14. 14

    Guna sudu metrik (tbs atau sdt) untuk sukat inti kacang dan bulatkan.Jika nak timbang pun boleh.
    **sukatan 10 gram untuk berat doh 20 gram.
    Ummi buat ni besar sikit saiznya ye..

  15. 15

    Sedap ni buat minum petang bersama keluarga tersayang.

Reaksi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

Leeina Qaliena
Leeina Qaliena @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜 💖Memasak adalah Hobi saya💖 Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ia satu kepuasan. Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik. Ia juga Therapy... Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Carian Teratas bagi