Onde - Onde Cookies {Biskut pandan gula Melaka}

Leeina Qaliena
Leeina Qaliena @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Onde-onde cookies viral 2022.Cookies ni memang viral di tiktok dan fb. Ramai sangat yang buat. Tapi ummi belom sempat nak buatkan untuk hidangan raya yang lalu.
Arini ummi luangkan masa siapkan onde - onde cookies ini sebab kebetulan ummi nak tambah stok cookies untuk babahrizqi bawa ke potluck raya dorang di office isnin nanti.
Terus rajinkan diri taip resepi disini siap-siap takut terlupa.
Ini ummi punya versi ya. Guna tepung jagung sahaja. Takde campur tepung lain.
Tak sangka onde-onde cookies ni sangat sedap. Terasa lemak manis rasa pandan dan kelapa serta gula melaka. Memang gandingan citarasa yang sangat sedap dan Cair dalam mulut
Mak-mak dan opah mesti suka sebab citarasa legend ni walaupun cookiesnya modern.jomlah cuba. 👍😋😍

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gram pure butter(Golden Churn)
  2. 60 gram gula aising
  3. 1 sudu teh esen vanila
  4. 1/2 sudu besar perisa kelapa pandan
  5. 3 sudu besar santan kotak(kara)
  6. Atau
  7. 2 sudu besar santan kara serbuk
  8. Secubit garam
  9. 3-4 titis warna hijau pandan/apple
  10. 350 gram tepung jagung(ikut kelembutan yang perlu)
  11. Hiasan:
  12. Gula melaka(buku)-diparut
  13. secukupnya Hawaiian coconut
  14. Gula melaka syrup(untuk lekatkan kepingan kelapa)

Cara Memasak

  1. 1

    Mix butter dengan gula aising hingga sebati sahaja. Masukkan esen vanila, perisa kelapa pandan,santan kotak dan secubit garam serta pewarna hijau. Gaul sebati dengan senduk /spatula sahaja.

    Nota:Jika nak guna santan serbuk pun boleh.

  2. 2

    Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dipicit menggunakan piping beg. Jangan terlalu keras nanti susah nak picit adunan.

  3. 3

    Masukkan nozel pilihan kedalam piping beg dan isikan adunan. Picit atas silicon mat sehingga habis.
    Ummi guna nozel semperit je.. Cari nozel untaian kasih entah hilang mana. Lubangkan sedikit ditengah untuk diisi gula melaka.

  4. 4

    Parut gula melaka ikut yang diperlukan. Isikan parutan gula melaka keatas biskut sehingga habis.

  5. 5

    Bakar dengan suhu 150° c selama 25 minit.
    Selepas itu Keluarkan dari oven picit sedikit syrup gula melaka untuk lekatkan kepingan kelapa(hawaiian coconut). Bakar semula selama 5 minit suhu 150°c.

    Nota: Syrup gula melaka ada dijual di pasaraya atau bakery shop. Ia diletak agar kepingan kelapa melekat pada biskut.

    Jika tiada boleh je cairkan chocolete coin titiskn atas cookies utk lekatkn kelapa.

  6. 6

    Angkat dan sejukkan diredai.
    Susun dalam bekas kedap dan tutup kemas supaya biskut kekal rangup.

  7. 7

    Ini pic Hawaiian coconut dan syrup gula melaka yang ummi guna.
    Klu nak letak syrup gula melaka tanpa letak gula melaka parut pun boleh sebenarnya tapi ia sedikit melekit.

Reaksi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

Leeina Qaliena
Leeina Qaliena @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜 💖Memasak adalah Hobi saya💖 Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ia satu kepuasan. Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik. Ia juga Therapy... Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi